Sunday, December 19, 2021

IBU NEGARA BANJIR

 19/12/2021 

Hujan turun tanpa hentinya. Seluruh negara hampir menerima hujan termasuk tanah kelahiranku. Aku sibuk menyemak kertas jawapan murid diiringi lebatnya hujan. Sesekali bunyi tiupan angin. Syukur rumah konkritku menghalang bunyi kelajuan deruan angin. Penat mata dan jari jemariku menghentikan aku menjalankan tanggungjawabku. Mula mencari mana letaknya telefon tangan ingin membaca info semasa.

Allahuakbar, paparan demi paparan  dalam laman sosial. Berita demi berita bersilih ganti ku baca. Banjir besar melanda Kuala Lumpur dan Selangor. Sedihnya, ramai mangsa yang terlibat. Banyak kereta terkandas. Ibu dan anak-anak di atas bumbung menunggu bantuan. Rumah ranap dibawa arus. Kereta berderet ditelenggami air. Warga emas menunggu lemah digenangi air. Malah ada yang pergi tanpa sempat diselamatkan. Apakah sebab ujianmu ini , wahai Maha Pencipta? Lindungilah kami daripada kemudaratan.

Sebak dada mengenangnya. Hanya mampu berdoa, 

"Wahai bumi telanlah airmu,  dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Aamiin.



Assalamualaikum salam ukhwah

Salam ukhwah mula bicara, santai-santai di Anjung Cikgu. Moga semua sihat dan dilindungi.💖💖💖

IBU NEGARA BANJIR

 19/12/2021  Hujan turun tanpa hentinya. Seluruh negara hampir menerima hujan termasuk tanah kelahiranku. Aku sibuk menyemak kertas jawapan ...